Monday, January 10, 2011

kewangan yg terbaikk!!!

 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.



1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.



ni la kja aku lpass bngun dr tdo..dgn gosok mata2 ni skit..pastu trun katil solat..
mngantuk kt weii...mata ni klo tgh ary dah layu dh..roomate aku dh paham klo tdo tyme2 mcm ni aku laa...lpas tu terdgr la mak n ayah aku pesan jimat2 la duet ni selagi dia da...hahah..tapi aku rasa aku ni la org pling jimat skali dr adk beradik yang lain...aku ni klo beli barang2 beli abiss bnyak..pastu jgn harap nak kuaq dh..sbb aku x suka keluaq bnyak2 kali ni klo beli pa2..kecuali la nak berjalan..mmng aku pantang skit tuu..pantang xleh nampak keta kira nak berjalan jaa...klo blehh nak tdo dlm keta tu teruss..mata aku klo nak berjalan terbuka luass...kalah mata heliza...huhuhu...suka sgt2..tapi sapa yg nak kuaq dgn aku sila sediakan duet mnyak bg bnyak2..huhu..kawan aku dah tau perangai aku ni..haa..mak2 saudra aku klo nak mntak tlg pn,first aku mntak duet mnyakk..pastu go on ja..huh..almaklmla br student..nnty kja mybe x mntak dh kt..balas jasa smoa org yg berbaik dgn aku nii..haaa....aku sebenarnya bukan kaki boros sgt pn...xmcm la dgn org tiap2 bulan ja nak beli..duduk asrama ni pandai2 la ko jaga mkn mnum n jimat2..blhh punya..kita bkn dk ramai pnn..sowang ja dlm asrama ni..kecuali la dk satu famili kat asrama..hahha...umah lain la..tiap2 bulan nak kna kuaq kan duet nak beli barang umah..klo dk hostel pandai2 la...sekali o 2 kali dh ckup..tapi aku slalu sekali ja la..first dapat duet dr abah n mak ers beli barang..sekali beli tu beratuss laa..lpass tu x beli dh..ambik masa yg lama..klo nak beli pn pkir2 dlu..bnyak lg nak guna..xnak mnyushkan sgt mah n abh nii..klo blhh xnak mntak..d sbbkan aku x kja lagi dan bwah tanggungan mereka aku mntakk la jugak tanpa da perasaan malu..aku kn anak mereka...xkawen lg..so mak n abh kna tanggung la..klo mereka sapa lg nak tanggung kita..so,kita pn kna pkir la..klo kita anak tunggal x kisahh la..klo da ramai adk beradik mcm aku ni 6 org..kna saling jimat2 laa...org lain pn nak gk rsa duet mak n abh..tapi kuantiti abah aku dh kurang..sbb kak aku dah kawen..yg tinggai 5 org lagi jaa..termasok aku yg nakal ni..huu....ok laaa kan...so konklusion d sni,xkira la kita ni anak ka,bapa ka,mak ka,kak ka ,abg ka,,,masing2 manusia...fikirlah cra nak berjimat cermat nii..xsusahh pnya...klo setan goda o nafsu ka,kita pertahan selagi blhh..klo xblhh beli jaa..huhuhu...
k la xnak bebel pnjang...nak cter pasai lain lg..ok..tata..salam...=)



 

No comments:

Post a Comment